Siakap Keli

(Video) Timbang Sebelum Masuk, Taman Tema Beri Tiket Percuma Kalau Anda Wanita ”Chubby”

Taman tema dinasti Tang yang terkenal di China, Tang Paradise menawarkan promosi khas buat wanita berbadan gempal! Wah, macam tu pun boleh eh?

Inisiatif ini dibuat mengikut terma ditetapkan kerana bagi setiap wanita yang ingin masuk ke taman tema ini, mereka perlu ditimbang terlebih dahulu, dan berat perlulah melebihi 61kg. Korang berat berapa?

Proses menapis pengunjung wanita ke taman itu dilakukan dengan sangat ketat.  Jika wanita tersebut melepasi jumlah berat yang ditetapkan, wanita tersebut digelar sebagai ‘wanita dinasti sejati’.

Rakaman video dibawah menunjukkan bagaimana proses penapisan dibuat untuk wanita-wanita tersebut sebelum diberi pas percuma.

Pun begitu, untuk wanita yang mempunyai berat badan bawah 61kg, mereka perlu membayar tiket masuk yang berharga RM55.

Dikatakan, pada zaman Dinasti Tang pada tahun 618 – 907 dahulu, wanita hanya akan dianggap ‘cantik’ jika mempunyai bentuk tubuh yang gempal daripada langsing.

Wakil taman teman berkenaan menjawab kontroversi tawaran yang dibuat taman teman tersebut dengan mempertahankan bahawa jangan terlalu obses dengan wanita kurus.  Objektif taman tema itu adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang bahawa “bagaimana pun bentuk fizikal anda, anda masih boleh menjadi cantik, bergantung dari segi mana anda melihatnya.”

“Orang ramai kini melihat langsing sebagai standard kecantikan. Kami mahu menunjukkan bahawa badan-badan yang menawan seperti wanita zaman Tang dahulu juga cantik,” kata seorang wakil.

Sumber: Carbonated TV

Nur Farra