Siakap Keli

Ali Rustam Sah Letak Jawatan PUNB

Tan Sri Mohd Ali Rustam sah meletak jawatan sebagai pengerusi PUNB berkuat kuasa pada Isnin lepas (25 Jun 2018). Perkara itu disahkan sendiri oleh Perbadanan Usahawanan Nasional Bhd (PUNB) hari ini.

PUNB berkata Mohd Ali dilantik sebagai pengerusi pada 1 Ogos, 2013 dalam kenyataan mereka pada hari ini. Tambah syarikat itu lagi,  Datuk Jamelah A. Bakar dan Datuk Hasbullah Wa Daud turut meletakkan jawatan sebagai anggota lembaga pengarah PUNB.

PUNB berkata, Jamelah dilantik sebagai anggota lembaga pengarah PUNB pada 17 Julai, 2014 manakala Hasbullah pada 7 Nov, 2016.

PUNB mengucapkan terima kasih kepada Mohd Ali, Jamelah dan Hasbullah atas perkhidmatan mereka. – BERNAMA

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.