Siakap Keli

Argentina Tidak Layak Untuk Tersingkir – Messi

Sebaik sahaja tamat perlawanan hidup mati untuk kedua-dua pasukan, Argentina dan Nigeria, Lionel Messi yang ditemu bual wartawan memberitahu bahawa ”Argentina tidak layak untuk tersingkir di pusingan pertama”. Namun hakikatnya, perjuangan Argentina benar-benar di hujung nyawa apabila sekadar menang tipis 2-1, hasil jaringan pemain yang sering memanaskan bangku simpanan bersama Mancherster United musim lepas, Marcos Rojo.

Messi memberi sedikit nafas lega apabila kawalan cantik dan jaringannya memberikan Argentina gol pendahuluan, sebelum Nigeria dihadiahkan sepak penalti pada separuh masa kedua untuk mengikat permainan 1-1. Selepas itu, naib juara Piala Dunia edisi lepas ini terpaksa menunggu hingga ke minit 86 untuk diselamatkan Rojo, sekaligus mengelak daripada memberi harapan palsu kepada peminat mereka.

Seri pada perlawanan pertama menentang Iceland, sebelum dimalukan secukupnya oleh Crotia pada perlawanan kedua. Messi dan rakan-rakannya dalam tekanan sungguh besar. Tiada pilihan lain, wajib menang untuk layak dan mengelak Argentina daripada digelar sebagai pasukan besar paling memalukan di Piala Dunia kali ini.

Ia sangat mengagumkan untuk menang perlawanan ini. Nigeria memaksa kami berkerja keras, tetapi kami tidak layak untuk tersingkir di pusingan pertama.

Kami yakin kami akan menang, tetapi kami tidak menyangka kami akan diberi tentangan sebegini hebat

katanya.

Messi bagaimanapun mengakui bahawa Argentina turun dengan sedikit perasaan gementar dalam perlawanan ini. Katanya, gol kemenangan yang dijaringkan oleh Rojo benar-benar memberi kelegaan kepada mereka.

Perlawanan berlangsung dengan seimbang, tetapi kami lebih banyak mengusai perlawanan terutama di separuh masa pertama. Kami cuba mencipta lebih banyak peluang walaupun sudah menjaringkan satu gol. Jadi, kami yakin ia akan berterusan hingga separuh masa kedua.

Bagaimanapun, mereka berjaya mendapatkan jaringan penyamaan melalui tendangan penalti. Jaringan itu membuatkan kedudukan kami menjadi sukar dan pemain-pemain mula berasa gementar. Kami merasakan seolah-olah masa berlalu begitu pantas

kata bintang Barcelona itu.

Sebelum ini, tekanan dan tuntutan untuk meraih kejuaraan bersama skuad kebangsaan oleh peminat, membuatkan Messi mengambil keputusan mengejut untuk bersara daripada mewakili Argentina dua tahun lalu. Tetapi kali ini, di Rusia, Messi berterima kasih kepada penyokong-penyokong Argentina.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Argentina yang sanggup bekorban dengan terbang ke Rusia untuk memenuhi stadium malam ini. Juga kepada mereka yang ada di Argentina, menderita dan kecewa seperti kami.

Mereka tidak pernah membiarkan cakap-cakap sebelum ini bermain di kepala mereka. Penyokong-penyokong ini terus percaya kepada kami dan menunjukkan semangat patriotik yang tinggi terhadap pasukan kebangsaan

katanya lagi.

Setelah layak, Argentina diundi dan bakal bertemu dengan Perancis, Juara Piala Dunia 1998. Inilah ujian sebenar buat skuad Argentina, sama ada mampu melangkah lebih jauh atau sebaliknya.

Impian piala dunia kami bermula hari ini. Kami perlu menang dengan apa cara sekalipun.  Bermula hari ini, ia perlu menjadi Piala Dunia baru buat kami

kata pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu.

Messi juga turut mendedahkan bahawa skuad Argentina sememangnya sudah bersedia betemu dengan Perancis dengan beberapa rakan pasukannya di Barcelona bakal menjadi seterunya nanti.

Kami menonton semua perlawanan Piala Dunia ini. Kami mengikuti setiap perlawanan dan Perancis sememangnya sebuah pasukan yang hebat. Mereka mempunyai ramai pemaian berkemahiran tinggi, pemain pertahanan dan pemain tengah yang hebat dan sudah tentu barisan serangan yang berbahaya.

Mereka mempunyai ramai pemaian yang pantas, dan saya kenal pemain mereka yang beraksi bersama saya di Barcelona (Samuel Umtiti dan Ousmane Dembele). Saya mengenali mereka, sama ada di barisan pertahanan mahupun serangan. Saya tahu apa yang perlu dibuat. Ia bakal menjadi perlawanan yang sukar, tiada keraguan lagi

Messi menutup temu bual itu.

Jadi, siapa bakal melangkah ke pusingan seterusnya, Perancis atau Argentina?

Sumber : ESPN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.