Siakap Keli

Bergurau Tarik Masuk Kolam Renang Sambut Hari Lahir, Tapi Jadi Hari Lahir Terakhir

CONNECTICUT – Kemeriahan pesta sambutan hari lahir seorang lelaki berakhir tragis apabila ditemui lemas didalam kolam renang.

Michelet Mongerard disahkan meninggal dunia setelah lemas didalam kolam renang kediamannya yang terletak di Greenfield Road di Glenbrook Ahad lalu ketika meraikan hari lahirnya yang ke-32.

Mongerard dikatakan telah ditarik oleh sepupunya ke dalam kolam bertujuan untuk bergurau sebelum mangsa lemas dan tenggelam ke dasar kolam.

Sepupu mangsa ada memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) sementara menunggu bantuan pihak medik yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital  Stamford.

Pihak berkuasa mengesahkan Mongerard tidak dapat diselamatkan dan meninggal di hospital sejurus selepas itu.

Pihak polis percaya kematian Mongerard tidak disengajakan kerana pihak keluarga dan sahabat yang berada di tempat kejadian berkata Mongerard boleh berenang dan tidak mabuk ketika itu.

Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan luka kecil di bahagian kepala mangsa, namun tidak dapat kepastian sama ada mangsa tergelincir dan terhantuk sebelum terjatuh ke dalam kolam dan mereka masih menyiasat punca kematian sebenar.

Walau bagaimanapun, pihak perubatan mengklarifikasikan kematian sebagai tidak disengajakan dan pihak berkuasa masih menunggu hasil keputusan toksikologi yang mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Saudara mara dan sahabat Mongerard juga ada membuat posting di akaun Facebook masing-masing sebagai tanda kehilangan mereka kepada Mongerard.

Sungguh menyedihkan anda telah meninggalkan kami sebelum dapat melihat kegembiraan dalam suara anda dan tiba-tiba anda pergi, tahu bahawa anda seorang ‘Hero’, kami akan sentiasa ingat anda, semoga kita bertemu suatu hari nnt di Syurga, sahabat

tulis salah seorang kenalan.

Sumber : Daily Mail

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey