Siakap Keli

Jalan Sultan Ismail Ditutup Sementara Sehingga 1 Julai

Sebahagian Jalan Sultan Ismail ke arah Jalan Kuching Selatan dan Loke Yew akan ditutup sementara bermula 30 Jun ini sehingga 1 Julai.  Ini adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek River of Live (RoL)

Menurut pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan itu bermula 10 malam hingga 5 pagi.

Oleh itu orang ramai yang melalui jalan yang menghala ke arah selatan Jalna Loke Yew dan Cheras hendaklah melalui Jalan Kuching Utara serta masuk ke persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh untuk menukar laluan (pusingan U), menurut kenyataan yang diberi DBKL.

Sebelum ini, jalan berkenaan ditutup sementara dari 23 Jun hingga hari ini bagi kerja  kerja pembinaan sistem pemintas untuk projek RoL. – Bernama

Nur Farra