Siakap Keli

Jumlahnya Terlalu Besar, Polis Dedah jenis Barangan Dan Jumlah Rampasan Di Rumah Najib

Sebelum ini ramai tertanya-tanya kenapa siasatan terhada kes Mantan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak memakan masa begitu lama walaupun rampasan 72 beg telah dilakukan sejak Mei lalu sehingga pelbagai spekulasi ditiumbulkan.

Menjawab kepada soalan itu, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media sebentar tadi menyatakan siasatan berkenaan memakan masa yang lama kerana jumlah rampasan yang terlibat adalah terlalu besar dan mengambil masa yang lama untuk kiraan,

Beliau dalam kenyataan itu mendedahkan nilai rampasan yang berjaya dirampas dari kediaman Datuk Sri Najib di Jalan Langgak, Duta termasuk di rumah anak lelaki dan perempuan mantan perdana menteri itu dengan menyifatkan jumlahnya amat besar di mana 150 orang pegawai terlibat dalam proses pengiraan.

Kredit Foto: Kosmo

Menurut beliau, dari 75 beg itu, terdapat 35 beg yang mengandungi wang tunai 26 jenis matawang bernilai  RM116 juta di mana mereka mengambil masa tiga hari untuk pengiraan dengan dibantu oleh 22 pegaai Bank Negara Malaysia(BNM) dengan enam mesin kira wang.

Untuk berangan kemas pula terdapat 25 beg yang dirampas di mana mengandungi 12,000 barang termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 bentuk subang, 1,600 pasang brooch dan 14 jenis mutiara yang memerlukan 16 hari untuk dikira dengan nilai rampasan berjumlah RM660Juta hingga RM880juta di mana barangan paling mahal adalah seutas rantai emas white diamond bernilai RM6.4 juta.

Bagi beg tangan pula, sebanyak sebanyak 574 beg dari 37 jenama berjaya dirampas bernilai 51.3 juta di mana masa diambil untuk pengiraan adalah 8 hari, beg berkekaan terdiri daripada jenama Hermes, Channel dan pelbagai lagi, beg paling mahal berjenama Vijan di mana ianya adalah tempahan khas.

Akhir sekali, sebanyak 434 utas jam tangan bernilai RM78 juta berjaya dirampas yang melibatkan 100 jenis jenama termasuk Rolex, selain itu sebanyak 234 cermin mata turut dirampas bernilai RM374 ribu menjadikan nilai rampasan keseluruhan RM900 juta- RM1.1bilion.

 

 

Mohd Firdaus

Tak Makan Ikan Siakap Dan Ikan Keli

Satu komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di