Siakap Keli

Lagi, ‘Cacing Penyakit’ Ditemui Dalam Sampel Tin Sardin Jenama RANESA Dari China

Cacing yang boleh menyebabkan penyakit Anisakiasis kepada manusia ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena berisi ‘Canned Mackerel in Tomato Sauce’ jenama RANESA yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24.

Anisakiasis merupakan penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan yang menyerang sistem gastrointestinal seperti perut dan usus manusia serta boleh menyebabkan simptom sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, tindakan mengimport melalui pintu masuk mana-mana tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kes ini disiasat untuk  tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS.

“Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mokhtarud-din berkata MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel (sejenis ikan kembung) dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sedemikian tidak berulang.

“Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing,” katanya.

MAQIS  merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti import, eksport, pemeriksaan,  kuarantin dan penguatkuasaan bagi pengimportan apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma di semua 57 buah pintu masuk negara yang diwartakan. – Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di