Siakap Keli

Ramai Tolak Vaksin, Malaysia 10 Negara Tertinggi Di Dunia Kes Demam Campak

Pasti anda pernah mendengar mengenai demam campak atau mengalaminya sendiri kan? Demam campak (Rubeola) adalah merupakan jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Namun dengan pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun demam campak boleh dicegah. Tetapi sebaliknya berlaku apabila peratusan vaksinasi menurun.

Ini terbukti apabila negara kita tersenarai sebagai 10 negara terbanyak mempunyai kes campak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekaligus sebaris dengan negara dunia ketiga. Mengapakah perkara ini berlaku?

Malaysia Top 10 Measles (Demam Campak) Di Dunia

Di Manakah Solusi?

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh WHO pada April yang lepas bagaikan satu semboyan untuk mengejutkan kita akan isu dan realiti yang berlaku di Malaysia.

Malaysia telah disenaraikan WHO sebagai salah sebuah negara yang memiliki kes jangkitan Measles yang tertinggi di dunia sebaris dengan negara negara dunia ke 3 dan negara berpendapatan rendah.

Tahukah anda suatu ketika dahulu, Malaysia telah hampir mencapai tahap eliminasi campak di mana ;

1) Peratus liputan vaksinasi telah mencapai 95%
2) Kes jangkitan measles tempatan telah menurun ke tahap terendah.

Menjelang tahun 2000 segalanya berubah. Perlahan lahan, peratusan vaksinasi mula tergugat dan kes jangkitan measles meningkat saban tahun.

Dan kini, Malaysia muncul di peta WHO dengan lorekan merah pekat menandakan negara yang memiliki jangkitan Measles yang tinggi.

Seperti yang sering di war warkan sebelum ini, kita tahu apa punca liputan vaksin semakin berkurangan, kita juga tahu siapakah dalang yang menyebabkan jangkitan ini memuncak.

Persoalannya SAMPAI BILA kita perlu berdiam diri?

Adakah perlu lebih banyak nyawa kanak kanak yang terkorban baru kita hendak bertindak?

Kami memohon pihak kerajaan kini untuk mempertimbangkan polisi sedia ada untuk memantapkan program imunisasi di Malaysia.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan polisi yang lebih tegas seperti yang dilakukan negara negara maju lain seperti polisi “no jab, no school” (Australia).

Kami juga memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan agar polisi kerajaan yang baru iaitu Kad Subsidi “Peduli Sihat” juga hanya diperkenalkan kepada golongan yang “peduli” dalam menjaga kesihatan anak dan keluarga mereka.

Kepada pihak yang menafikan hak kanak kanak untuk mendapatkan perlindungan dari jangkitan penyakit berjangkit ini, kami memohon anda untuk kembali bersama menjadi sebahagian dari masyarakat madani.

Penglibatan dan sumbangan anda untuk memastikan liputan vaksinasi kembali seperti dahulu amat di alu-alukan.

Sumber : Public Health Malaysia

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di