Siakap Keli
26 June 2018, Russia, Moscow: Soccer, World Cup 2018, Preliminary round, Group D, 3rd game day, Nigeria vs Argentina at the St. Petersburg Stadium: The former Argentina soccer player Diego Maradona standing in the stands. Photo by: Cezaro De Luca/picture-alliance/dpa/AP Images
26 June 2018, Russia, Moscow: Soccer, World Cup 2018, Preliminary round, Group D, 3rd game day, Nigeria vs Argentina at the St. Petersburg Stadium: The former Argentina soccer player Diego Maradona standing in the stands. Photo by: Cezaro De Luca/picture-alliance/dpa/AP Images

Maradona Kembali Stabil Setelah ‘Tersandar’ Rai Gol Argentina

 

Argentina membuat ‘keajaiban’ sekali lagi apabila berjaya masuk ke pusingan kalah mati setelah menewaskan Nigeria 2-1 awal pagi tadi. Jaringan yang dihasilkan oleh Marcos Rojo pada minit 86 itu telah menafikan kemaraan Nigeria pada saat akhir. Gol ‘ajaib’ pada minit-minit terakhir itu dijaringkan Rojo hasil hantaran lintang Gabriel Mercado.

Namun dalam meraikan kejayaan tersebut lagenda Argentina  Maradona telah dilihat ‘tersandar’ di kerusi tiba-tiba. Maradona dikatakan bersandar di dinding tempat duduk VIP sambil menjerit meraikan minit gol tersebut. Maradona tidak sihat  Lagenda yang berusia 57 tahun itu kemudiaanya dibantu oleh pasukan paramedik Rusia.

https://www.instagram.com/p/Bkgtn_ahCQo/?hl=en&taken-by=maradona

Media Argentina melaporkan bahawa beliau mengalami gangguan tekanan darah dan telah stabil apabila dirawat di hospital. Menurut Maradona dalam instagramnya, beliau mengatakan bahawa beliau telah kembali stabil. Beliau mengalami sakit di bahagian leher telah dirawat oleh seorang doktor. Doktor tersebut telah mengarahkan beliau untuk pulang pada separuh masa kedua namun beliau tidak mungkin meninggalkan stadium kerana pasukan Argentina ketika itu sedang berada masa kritikal menentang Nigeria. Maradona juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan daripada semua peminatnya.

View this post on Instagram

Gracias a Dios!!! ⚽

A post shared by Diego Maradona (@maradona) on

Para peminat Argentina terus menerus berikan sokongan moral pada Maradona diruangan instagramnya dan berdoa semoga lagenda mereka itu sihat. Akhbar Argentina seterusnya menyatakan Maradona sudah boleh berjalan pulang ke hotel penginapanya.

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.