Siakap Keli
KUALA LUMPUR, 26 Jun -- Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan ketika sidang media berkaitan isu senarai hitam Jabatan Imigresen dan penanguhan bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PTPTN : Tiada Lagi Senarai Hitam Imigresen

Proses mengeluarkan nama peminjam ingkar PTPTN daripada senarai hitam imigresen yang telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Jun 2018 selesai sepenuhnya pada 8 Jun yang lalu. Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan mengatakan bahawa proses ini berjaya dilaksanakan  seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu pada 15 Jun.

Dalam pada itu, Wan Saiful meminta mereka yang dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing. Beliau menambah bahawa tindakan tersebut adalah bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pihak PTPTN juga mengumumkan akan menutup sepenuhnya kaunter di KLIA2 sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai ini. Sebelum ini, Dr Mazlee berkata kementerian akan mengkaji isu tersebut dan membuat penyelarasan dengan CCRIS. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff yang turut serta dalam sidang media itu berkata peminjam yang tersenarai di bawah CCRIS boleh hadir ke kaunter PTPTN untuk menyusun semula hutang mereka.-BERNAMA

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.