Siakap Keli

“Saya Tak Sokong Upload Video Isteri Bersalin Walau Apa Pun Keadaan”, Faizal Ismail

Baru-baru ini seorang usahawan kosmetik terkenal telah dikurniakan cahaya mata dan bertindak berkongsi detik gembira kelahiran itu dengan pengikutnya di Instagram. Beliau telah memuatnaik video isterinya yang sedang dalam proses bersalin dan meneran bayi sehingga selamat disambut oleh doktor.

Walau bagaimanapun tindakan usahawan itu mendapat perhatian seorang selebriti dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail yang merasakan video itu tidak patut di paparkan untuk orang ramai.

Faizal dengan berhemah mengulas isu tersebut kerana berpendapat seorang suami perlu membantu isteri untuk lebih bertenang sambil berdoa semoga segala urusan yang ditanggung isterinya itu berjalan lancar.

Faizal menyatakan rasa itu melalui Instagram miliknya dengan berkata,

“Maaf, saya tak sokong upload saat-saat video isteri tengah bersalin walau dalam apa keadaan sekali pun. 

Ia adalah saat sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah bersabung nyawa.  Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut.  Ia bukan untuk tontonan umum. 

Alasan untuk bagi pengajaran kepada yang lain adalah sekadar nak ‘halalkan’ perbuatan.  Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati IBU dan ISTERI.  Harap tak de lagi yang buat.  Mungkin perlu pandangan dari pakar agama dalam hal ini.”

Sumber: Instagram Faizal Ismail 

Nur Farra