Siakap Keli

Malang Tak Berbau, Ferrari Remuk Selepas Beberapa Minit Disewa

 

Seorang pemandu wanita telah meremukkan kenderaan mewah bernilai £500,000 hanya beberapa minit selepas menyewa kereta tersebut berikutan hilang kawalan kerana keadaan jalan yang licin.

Berita mengenai pemandu kereta Ferrari yang hilang kawalan hingga merempuh pembahagi jalan dan menghentam sebuah lagi kereta mewah jenama BMW itu juga tular di media sosial.

Menerusi klip video yang tular itu, wanita tersebut baru saja selesai menyewa kereta tersebut di sebuah premis menyewa kereta mewah di timur China di wilayah Zheijian.

“Pertama kali memandu Ferrari. Perasaan yang tidak dapat digambarkan, sungguh menakjubkan,” kata wanita itu dalam video rakamannya yang menunjukkan keadaan di dalam kereta mewah itu.

Kejadian yang dirakam saksi insiden tersebut memaparkan bahagian depan Ferrari itu remuk teruk, sekali gus menyebabkan beg udara berfungsi meskipun wanita berkenaan memandu pada kelajuan sederhana.

Kereta mewah itu dibeli pengusaha premis sewa sekitar  £463,000 dan kos memperbaikinya dianggarkan mencecah separuh daripada harganya.

Sumber: Dailymail    

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar