Siakap Keli

1,000 Pelajar Cina Cemerlang SPM Ditawar Masuk Matrikulasi – Menteri Pendidikan

Seramai 1,000 pelajar Cina yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 ditawarkan untuk ke program matrikulasi sesi 2018/2019.

Maszlee Malik, Menteri Pendidikan memberitahu bahawa tawaran ini tak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke progam matrikulasi Kementerian Pendidikan.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang cemerlang dan layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosio ekonomi mereka,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Berhubung pengambilan pelajar India ke program matrikulasi, Maszlee berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penambahan pengambilan 700  pelajar pada April lalu.

Pada tahun 2003, program itu memberi ruang sebanyak 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera bagi tujuan mewujudkan persaingan sihat disamping memantapkan integrasi nasional dan perpaduan kaum.

Bagi sesi 2018/2019, Maszlee berkata sejumlah 84,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera.

“Seramai 4,068 pelajar bukan Bumiputera telah ditawarkan tempat di kolej-kolej matrikulasi bagi sesi ini,” katanya. – Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Satu komen

  • the word was used as indian tribe in the first edition now its sounds not hurting mr education minster

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di