Siakap Keli

Dedah Video Isteri Bersalin, Aliff Syukri Mohon Maaf

View this post on Instagram

semoga @yusoffalqardawi tidur yenyak..dan tak terkena kuning..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

2 hari lalu tular video jutawan kosmetik yang berkongsi saat isteri kesayangannya Datin Shahida melahirkan anak keempat mereka. Dengan berat 3.15 kilogram, bayi comel tersebut diberi nama Yusoff al-Qardawi dan dilahirkan sempurna sifat.

Datuk Aliff dan Datin Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan (10) Qadejah El Zahra (8) dan Ibraheem Adham (6). Mereka sememangnya sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan bersyukur mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat.

View this post on Instagram

bye bye hospital.. @yusoffalqardawi nak balik umah.. dah..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Umum mengetahui jutawan kosmetik tersebut gemar berkongsi tentang kehidupan sehariannya dalam instagram. Beliau kerap kali memuat naik gambar, video, kata-kata semangat untuk pengikut di instagramnya. Hal ini termasuk video yang memaparkan keadaan isteri beliau bersalin dua hari lalu. Video yang berdurasi 48 saat itu di muat naik oleh Aliff berkongsi dengan pengikutnya tentang pengorbanan seorang wanita.

Namun niat beliau untuk berkongsi perkara tersebut telah mendapat kecaman dari ramai pihak. Mereka berpendapat bahawa video tersebut boleh dirakam tetapi hanya untuk tontonan sendiri dan keluarga terdekat sahaja.

 

 

Cakna dengan isu tersebut, Aliff Syukri lantas membuat permohonan maafnya dalam instagram. beliau dalam post di instagramnya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan beliau berkongsi video tersebut. Beliau juga menerima kritikan dengan hati terbuka.

View this post on Instagram

sy tak boleh puaskan hati org dan saya mohon maaf.. jika ada yg x suka apa2 yg saya post sebelum ni…niat saya nak berkongsi saat seorang ibu melahirkan anak dan betapa susahnya apa yg mereka lalui….supaya suami2 lebih menghargai isteri yg melahirkan zuriat mereka…… . Harap mana yg suka ambil secara positif….kalau yg suka fikir negatif ni better tak payah tngok video saya sbb smua kisah sy , sy buat video log di youtube chanel tvterlajaklaris dan salah satu content livestyle kehidupan saya..sy buat utk followers sy di youtube bukan untk hatera.Biasalah dalam hidup ni apa yg kita buat x semua org setuju sbb masing2 ada pandangan dan saya hormati pandangan anda semua…..Harap benda ni tidak berlarutan…..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menurutnya, beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Aliff menjelaskan  bahawa sudah menjadi kebiasaan baginya untuk berkongsi cerita mengenai kehidupan hariannya di instagram. Niat beliau hanya untuk menyedarkan pengikut beliau tentang pengorbanan seorang isteri.

Beliau juga berharap pihak yang melihat video berkenaan mengambil sisi positif.

 

Ditanya mengenai putera comel beliau Yusoff Al-Qardawi, Aliff memberitahu bahawa telah membuka akaun instagram untuk anaknya itu. Beliau mula memuat naik gambar-gambar Yusoff di  instagram tersebut sudah dan mencecah 164K pengikut dalam masa dua hari.

View this post on Instagram

morning smua..

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi) on

 

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.