Siakap Keli

Empat Anak Bersubahat Dengan Ibu Bunuh Bapa Hanya Kerana Dihalang Pakai Seluar Jeans

Seorang ibu bersama-sama dengan empat orang anak perempuannya ditahan pihak berkuasa India atas pertudahan bersubahat membunuh seorang lelaki yang juga seorang anggota polis selepas tidak dibenarkan memakai seluar jeans oleh mangsa.

Meharbaan Ali, yang merupakan suami dan ayah kepada suspek maut dibunuh dipercayai oleh pembunuh upahan yang diupah oleh suspek-suspek. Pihak berkuasa juga percaya, kesemua suspek merancang pembunuhan tersebut untuk mendapatkan pencen khas mangsa bernilai £88,000 (RM 465,239).

Mayat mangsa yang berpangkat Sub-Inspektor ditemui dibuang di dalam saluran kumbahan di Uttar Pradesh, Selatan India kira-kira 250 meter daripada rumah mangsa, pada Ahad.

Sehubungan itu, pihak berkuasa kemudian bertindak menahan isteri mangsa Zahida Begum, 52, dan empat orang anak perempuannya, Saba, 26; Zeenat, 22; Iram, 19; dan Alia, 18, di rumah mereka di Shahjahanpur selepas isteri mangsa mengaku mengupah dua orang pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat suaminya sendiri.

Menurut pihak berkuasa, sebaik sahaja jasad Merharbaan ditemui, polis segera menjalankan siasatan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di lokasi kejadian dijadikan sebagai bahan bukti utama.

Inspektor Daya Chand Sharm daripada Balai Polis Saddar mendedahkan bahawa kesemua suspek mengaku bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan peraturan ketat dibuat mangsa antaranya tidak membenarkan anak-anaknya memakai seluar jeans.

‘Sejak kami menjumpai mayat mangsa, kami mengesyaki bahawa kelaurganya mungkin terlibat dalam pembunuhan ini memandangkan mayat mangsa dijumpai berdekatan dengan rumahnya.

”Kami kemudian mendapatkan rekod panggilan ahli keluarga terdekat mangsa. Berdsarkan pemeriksaan kami ke atas telefon bimbit isteri mangsa, kami mendapati isterinya kerap membuat panggilan kepada satu nombor yang tidak dikenali,” katanya.

Pihak polis juga mendedahkan mangsa tiba di rumahnya pada pukul 10.45 pagi selepas meninggalkan balai polis dimana mangsa bekerja pada pukul 10 pagi.

”Pembunuh upahan yang dikenali sebagai Ehsaan dan Tahseen dikesan memasuki rumah mangsa tidak lama kemudian sebelum mangsa dipercayai dibunuh sekitar jam 1 petang. 

”Kedua-dua pembunuh upahan tersebut sekali lagi dikesan memasuki rumah mangsa pada waktu petang hari yang sama. Kedua-duanya dengan bantuan suspek membawa keluar motosikal milik mangsa bersama-sama mayat Meharbaan sebelum dibuang di saluran loji kumbahan berdekatan,” kata Inspektor Daya lgi.

Seorang lagi sumber daripada pihak berkuasa turut memberitahu kesemua suspek dipercayai mendapat sekurang-kurang tiga jenis faedah daripada pembunuhan ini.

”Pertama, salah seorang anak mangsa berpeluang untuk menggantikan posisi mangsa di dalam jabatan polis. Kedua, isteri mangsa bakal menikmati pencen milik mangsa, yang bernilai separuh daripada gaji bulanan yang diperolehi Merhabaan dan yang ketiga, keluarga mangsa juga boleh menuntut pampasan daripada majikan mangsa,” kata sumber itu.

Sumber : Ghana Guardian

 

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.