Siakap Keli

Lelaki Kirim Surat Minta Maaf Kerana Curi Papan Tanda 75 Tahun Lepas

Seorang lelaki berusia 90 tahun memohon maaf kepada pihak berkuasa bandar Midvale di Utah, Amerika Syarikat di atas kesilapan yang pernah dilakukannya 75 tahun lalu berikutan dia enggan terus dibelenggu rasa bersalah.

Lelaki warga emas yang tidak didedahkan namanya menghantar surat permohonan maaf beserta sekeping wang kertas bernilai AS$50 (kira-kira RM200) kepada pihak berkuasa di bandar tersebut di atas kesalahannya mencuri sebuah papan tanda.

Menurut pengirim, dia mengakui kesalahannya yang pernah mencuri papan tanda STOP (Berhenti) sewaktu zaman remajanya. Dia juga menjelaskan dalam suratnya bahawa, kejadian tersebut berlaku ketika dirinya masih belum matang.

“Umur saya kini hampir 90 tahun, saya sedih tentang perkara yang saya lakukan ketika masih muda. Saya ingin diampuni Tuhan. Saya benar-benar minta maaf dan menyesali perbuatan saya,” tulis pengirim di dalam suratnya yang tidak bernama.

Dia mengakhiri surat yang dikirim kepada pihak Jabatan Kerja Raya Midvale di texas itu dengan menamai dirinya sebagai “rakyat yang sangat menyesal”.

Para pegawai ingin ucap terima kasih kepada si pengirim tetapi mereka tidak ada alamatnya. Mereka berharap lelaki itu boleh memaafkan dirinya dan meneruskan kehidupan dengan tenang.

Sumber- FOXnews

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar