Siakap Keli

Najib Razak : Harta Rampasan Itu Hadiah Dan Wang Pilihanraya

Datuk Seri Amar Singh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan (JSJ) telah mengeluarkan kenyataan mengenai segala harta mewah milik Najib semalam. Beliau juga mendedahkan beberapa butiran mengenai serbuan yang dijalankan di enam premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan ianya merupakan rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Amar Singh memberitahu bahawa pihaknya menentukan jumlah nilai tunai dan barangan yang disita dari enam kediaman yang dikaitkan dengan Najib bermula dari 21 Mei hingga 25 Jun. Beliau juga menjelaskan  jumlah nilai barangan itu berjumlah RM686.37 juta namun nilai runcit pasarannya antara RM910 juta dan RM1.1 bilion.

Menjawab mengenai perkara tersebut, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lantas berkata bahawa nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik.

Menurutnya lagi, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira dan terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun. Najib berkata lagi bahawa penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah. Perkara itu bergantung kepada sumber sesebuah batu. Beliau juga berharap dibuat penilaian dan kesimpulan yang tulus mengenai barangan tersebut.

Rampasan Itu Merupakan Hadiah

Mengulas mengenai barangan yang dirampas dalam serbuan polis di rumahnya di Jalan langgak, Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur,  Najib menjelaskan bahawa beliau diberi senarai yang tidak lengkap tanpa penerangan dan gambar.

Bekas perdana menteri itu juga menjelaskan bahawa selama beliau menjadi ketua negara 9 tahun, beliau sering dihadiahkan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa dan rakan-rakan peribadi. Malah sebelum beliau menjadi perdana menteri, beliau juga pernah berkhitmat sebagai timbalan perdana menteri, menteri besar Pahang dan kemudian memegang portfolio menteri.

Najib juga berkata bahawa menerima hadiah bukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Beliau juga memberikan contoh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mengaku menerima 40 ekor kuda sumbangan daripada Presiden Pakistan ke enam, Muhammad Ziaul Haq.

Najib dan isterinya secara jujurnya terkejut mengenai jumlah pendedahan yang dibuat oleh pihak polis. Najib memberitahu ada di antara barangan kemas yang dirampas bukanlah milik rosmah tetapi dikirim. Barangan tersebut mempunyai rekod bahawa ia dikirim dan perlu dikenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya kepada pengirim. Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.

Tambahnya lagi, selepas senarai barangan yang disita itu diperiksa, pihak polis juga perlu mengambil kira beberapa perkara seperti tarikh pembelian dan harga sesebuah batu itu.

Bekas perdana menteri itu juga berkata supaya jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dan membenarkan pihaknya memeriksa barangan tersebut secara individu.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.