Siakap Keli
Gambar : Rajanish Kakade
Gambar : Rajanish Kakade

Pesawat Terhempas Di India Ragut 5 Nyawa

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas sebuah pesawat yang disewa terhempas di Mumbai pada Khamis.

Pesawat King Air C90 itu terhempas di Ghatkopar sebuah kawasan di bandar India kira-kira 1.30 petang, mengorbankan juruterbang, dua jurutera, seorang juruteknik dan pejalan kaki, lapor media tempatan.

Gambar : AP

Menurut Times of India, pesawat ringan milik syarikat UY Aviation berada kurang tiga kilometer dari landasan utama lapangan terbang Mumbai, sebelum nahas berlaku di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Gambar : Rajanish Kakade

Sebelum ini pesawat itu dimiliki kerajaan negeri Uttar Pradesh, dan menjualnya kepada Penerbangan UY yang berpusat di Mumbai pada tahun 2014.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.