Siakap Keli

Siapa Yang Nak Nikah Tu, Ini Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri 2018

Mas kahwin antara perkara paling penting yang perlu disediakan oleh pihak lelaki kepada si isteri semasa proses akad dan nikah.  Kepada yang mungkin tak tahu, mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggunjawab suami terhadap isterinya.

Pun begitu, jumlah mas kahwin ini ditetapkan mengikut negeri-negeri di Malaysia.  Setiap negeri menetapkan jumlah yang berlainan.

Contohnya bagi negeri Selangor, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu, nilai maskahwin ditetapkan had minimanya sebanyak RM300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima.

Dibawah ini kami kongsikan kadar mas kahwin mengikut negeri yang bakal membina masjid tak lama lagi.

Negeri Nilai Janda RM Nilai Bujang RM
Johor 22.50 22.50
Melaka 100.00 100.00
Negeri Sembilan 12.00 24.00
Selangor 300.00 300.00
Kuala Lumpur 40.00 80.00
Perak 101.00 101.00
Pulau Pinang 24.00 24.00
Kedah Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pahang 22.50 22.50
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Sabah 80.00 100.00
Sarawak 120.00 120.00
Labuan 80.00 80.00

Bagi negeri yang tiada ketetapan kadar, maka nilainya harus ditentukan oleh ahli keluarga pihak perempuan melalui runding yang dipersetujui bersama.

Kadar diatas mungkin akan berubah mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dari semasa ke semasa.

Sumber: Website Mufti Selangor

Nur Farra