Siakap Keli

Terkini : Fuzi Sangkal Dakwaan Najib, Nilai Rampasan dibuat Pakar

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang merupakan Ketua Polis Negara berkata nilai barang rampasan dalam siasatan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dibuat oleh pakar.

Fuzi juga menyangkal dakwaan Najib bahawa nilai sebenar barang rampasan itu sebagai subjektif dan tidak realistik, beliau berkata pakar itu dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barang itu dinilai mengikut nilai harga semasa.

Tambah Beliau lagi, pihaknya dibantu pakar yang arif tentang jenama barang rampasan dan pihak PDRM tidak terlibat dalam menentukan nilai barang katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan kontinjen dan daerah terbaik Op Selamat 2018 di Bukit Aman di sini hari ini.

Najib dalam mendakwa nilai barang rampasan sebanyak RM1.1 bilion sebagai subjektif dan tidak realistik dalam satu temu bual dengan sebuah portal berita semalam

Di samping itu, berhubung permohonan Najib untuk melihat barang rampasan itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak ada masalah jika ada keperluan untuk Najib berbuat demikian.

Sebelum ini, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan nilai barang rampasan di enam premis milik Najib pada 16 dan 17 Mei lalu bernilai sekitar RM900 juta ke RM1.1 bilion melibatkan barangan kemas, beg tangan mewah, jam tangan berjenama, cermin mata selain pelbagai mata wang asing. – BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.