Siakap Keli

Britain Panas Melampau, Cetuskan Kebakaran Hutan

Hari ini beberapa bahagian di Britain mengalami suhu tinggi mencecah 30 darjah Celsius dan diramal akan terus meningkat pada minggu ini.  Ini adalah disebabkan peningkatan gelombang panas yang semakin teruk, kata agensi ramalan cuaca.

Semalam, suhu naik mendadak sebanyak 30.6 darjah Celsius di Porthmadog di Wales Utara, mengatasi 30.1 darjah Celsius di Hampton, barat daya, London.

Amaran gelombang panas tahap dua telah dikeluarkan oleh Pejabat Meteorologi kerana dijangka cuaca kering dan panas meningkat secara beransur-ansur pada minggu akan datang.

Suhu panas ini mengakibatkan kebakaran hutan dan gangguan perkhidmatan awam termasuk kereta api di beberapa tempat di Britain.

Pada tahun, 1976, suhu tertinggi pernah dicatatkan mencecah 35.6 darjah Celsius. – Bernama

Nur Farra