Siakap Keli

(Video) Harga Cecah Jutaan Ringgit, Apa Istimewanya Beg Tangan Janama Bijan Ni

Pendedahan yang dibuat semalam oleh Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai jumlah dan nilai rampasan yang dibuat dibeberapa kediaman yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu jenama beg tangan betul-betul menarik perhatian orang ramai.

Malah, ketika sidang media tersebut, wartawan juga boleh dilihat kelu dengan jenama yang disebutkan oleh Datuk Seri Amar, sehingga salah seorang wartawan juga sempat mengutarakan soalan meminta beliau mengeja jenama beg tangan mewah itu – Bijan.

Ya, Bijan. Pernah dengar ke sebelum ni? Apa yang best sangat dengan beg tangan berjenama Bijan ni? Korang pasti terkejut jika anda membaca fakta-fakta menarik mengenai beg Bijan yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook, Mary Anni.

Dah sedia? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Bukan Bijan Biasa!

Info Menarik Beg Tangan Bijan:

1. Setiap rekaan dikatakan akan hanya ada beberapa unit.

2. Setiap unit pula boleh direka dengan lebih spesifik berdasarkan kehendak pelanggan.

3. Diperbuat daripada kulit buaya yang berkualiti tinggi.

4. Boleh ditambah dengan hiasan seperti batu permata dan perincian lain yang mahal dan eksklusif.

5. Diperbuat dengan tangan (handmade) oleh mereka yang berkemahiran tinggi.

6. Klien yang berminat mahu dapatkan beg tangan bijan mesti buat temujanji di butik Bijan.

7. Harga setiap unit boleh mencecah ratusan ribu sehingga ke jutaan ringgit.

Info Tambahan Jenama Bijan:

1. Jenama Bijan sudah wujud sejak tahun 70-an. Sudah lebih 40 tahun dalam pasaran!

2. Sebelum mereka beg tangan, jenama Bijan lebih dikenali sebagai pembuat pakaian lelaki (menswear), minyak wangi dan aksesori.

3. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini Bijan mengeluarkan beg tangan wanita.

4. Bijan terkenal dengan prinsip memfokuskan produk mereka kepada 1% populasi dunia (yang pastinya terdiri daripada golongan elit, kerabat diraja dan pemimpin tertinggi dunia).

5. Cara yang betul untuk sebut jenama Bijan ialah “Bi-Jhen”. Boleh rujuk cara sebutan Bijan yang betul di sini. (video di bawah)

NOTA: Jika baru hari ini tuan cikpuan dengar jenama Bijan ini, usah rasa hairan. Kerana kita bukan golongan sasaran Bijan. Sudah tentunya kita pun baru tahu.

Kita bersama terima hakikat yang kita ini #BukanGengBijan

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=f0wPsz6QU9Q]

 

Sumber : Mary Anni

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.