Siakap Keli

Wanita Yang Mengalami Masalah Sukar Tidur Berisiko Menghidap Darah Tinggi Dan Penyakit Jantung

Kajian mendedahkan wanita yang mengalami masalah sukar tidur akan lebih berisiko menghidap tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Masalah kesukaran tidur atau lebih dikenali sebagai insomnia menambahkan lagi risiko masalah jantung dan menurut saintis,  kesan bahaya yang sama masih kelihatan walaupun seseorang itu berjaya mendapatkan tidur selama tujuh hingga sembilan jam.

Pakar mengatakan wanita mempunyai lebih banyak masalah berkaitan tidur daripada lelaki serta dianggap dua kali ganda terjadi kepada wanita dan ia juga mempunyai kesan buruk pada kesihatan mereka.

Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University di New York  telah menguji hubungan antara tekanan darah dan tidur kepada lebih daripada 300 wanita.

Hasilnya, para penyelidik mencadangkan lebih banyak perhatian harus diberikan pada pola tidur wanita ketika para doktor melihat akan kesihatan jantung pesakit.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, lebih dari satu pertiga orang dewasa tidak mendapat tidur yang cukup.

Tubuh badan manusia memulihkan dirinya sendiri ketika tidur dan mendapat cukup rehat adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai sebab mengapa orang mengalami kesulitan tidur dan ianya lebih banyak berpunca dari gaya hidup moden dimana mereka bekerja berjam-jam sehingga mengalami tekanan, amalan pemakanan yang buruk serta minuman dan dadah. Turut terkesan dimana mereka mempunyai bilik tidur yang terlalu ringan atau bising juga boleh menyebabkan gangguan tidur manusia.

Kesukaran tidur dengan ketara menimbulkan tekanan darah wanita  dan kajian mendapati gangguan seperti kesulitan tidur, tidak tidur dengan baik, atau insomnia dengan ketara meningkatkan tekanan darah wanita.

Hasil dari kajian mendapati  sebanyak 50 peratus wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu telah mengalami kualiti tidur yang rendah.

Tekanan darah tinggi mungkin perkara biasa bagi golongan dewasa, tetapi jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan kegagalan jantung yang serius.

Masalah tidur boleh menyebabkan risiko penyakit jantung

Para penyelidik juga mendapati bahawa wanita lebih menderita dengan masalah tidur daripada lelaki.

Dr Brooke Aggarwal berkata, hal ini terjadi kerana kajian menunjukkan bahawa masalah tidur dan masalah tidur yang lebih ringan mungkin memberi kesan yang tidak seimbang terhadap kesihatan kardiovaskular pada wanita.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa masalah tidur ringan mungkin dapat memulakan keradangan (pembuluh darah) yang merupakan penyumbang utama penyakit kardiovaskular,” katanya.

“Keputusan percubaan klinikal yang berterusan dapat mengesahkan keputusan ini. Dalam pada itu, ia mungkin berhemat untuk menyaring wanita untuk gangguan tidur yang lebih ringan dalam usaha untuk mencegah penyakit kardiovaskular.” tambahnya lagi.

Bagaimana penyelidikan dijalankan?

Kajian ini mengukur tekanan darah dan mengkaji tabiat tidur 323 wanita yang sihat dan hasilnya penyelidik menganggap tidur berkualiti rendah, mengambil masa lebih lama untuk tidur, dan insomnia menjadi gangguan tidur yang ‘ringan’.

Gangguan yang teruk termasuk keadaan yang lebih serius seperti tidur apnoea (kerap berhenti nafas ketika tidur) dimana mereka yang mengalami tidur apoea  ini sering berdengkur.

Para saintis mendapati wanita yang mengalami gangguan biase mempunyai tekanan darah yang jauh lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengalami masalah tidur.

Mereka juga mendapati bahawa wanita yang tidak tidur juga mempunyai keradangan di dalam saluran darah mereka.

Sumber : DailyMail

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey