Siakap Keli

Malangnya Nasib Lelaki Ini, Lepas Jatuh Kepala Tersekat Pula Dalam Tong

Seorang gelandangan terpaksa diselamatkan oleh sepasukan bomba selepas terjatuh dan kepalanya termasuk ke dalam tong sumbangan pakaian di timur China pada Isnin lalu.

Rakaman video kejadian pelik di bandar Nanyang menunjukkan kaki lelaki itu tergantung sekurang-kurangnya 1.5 meter (4.9 kaki) dari tanah melalui bekas berwarna hijau yang sedikit terbuka itu.

Dia didakwa cuba untuk mengambil pakaian yang disumbangkan di dalam, tetapi akhirnya terperangkap di dalam tong selama lebih dari satu jam.

Dia juga menjerit meminta pertolongan dan mengerang kesakitan ketika menunggu untuk diselamatkan dengan kakinya terawang-awangan di udara, menurut pihak bomba Henan dalam satu kenyataan di Weibo.

Lelaki itu juga terpaksa menggunakan tangan untuk menyokong berat badannya, menurut Dahe Daily.

https://youtu.be/f7aX1cp_jOM

Pegawai polis tempatan dan ahli bomba dilihat membincangkan cara bagaimana untuk mengeluarkan lelaki itu dengan selamat.

‘Kesiannya lelaki itu, dia terjebak sekurang-kurangnya satu jam!’ seorang penduduk tempatan berkata.

Lengan saya! Lengan saya! Arrrrgggghhh! ‘ Lelaki itu menjerit dengan kesakitan apabila anggota bomba cuba mengubah posisinya.

Menggunakan penyodok dan sepasang playar untuk memecahkan kunci, anggota bomba akhirnya dapat membuka pintu di bahagian bawah tong tersebut.

Mereka kemudian menolak kedua-dua kaki lelaki itu ke dalam tong dan akhirnya dia dapat keluar daripada bekas itu.

Selepas diselamatkan, lelaki itu kemudiannya terus berlalu pergi tanpa berkata-kata, mungkin terlalu malu untuk bercakap. Dia kelihatan tidak mengalami sebarang luka.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai seorang gelandangan menurut laporan Weibo dari jabatan bomba Chongqing. 

Ketika dia keluar dari bekas, lelaki itu didapati tidak memakai sebarang pakaian. Penduduk setempat mengandaikan dia hanya mahu melihat jika dia boleh mengambil beberapa helai pakaian yang disumbangkan.

Tetapi kemudian mereka semua tidak tahu bagaimana dia tergelincir melalui lubang sempit itu.

Sumber : Daily Mail

 

 

 

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.