Siakap Keli

Pukul Murid Darjah Satu Hingga Lebam, Guru Lelaki Didenda RM900

Seorang guru lelaki yang memukul murid perempuan darjah satu sehingga berbirat dan lebam pada lengan kiri mangsa  kerana murid itu salah menulis huruf “Y dan W” hari ini didenda  RM900 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Namirah Hanum Mohamed menjatuhi hukuman itu terhadap Hii Sii Teck, 36, selepas dia mengaku bersalah  atas tuduhan  sengaja mencederakan murid berumur tujuh tahun  dengan memukul tangannya di dalam kelas, di sebuah sekolah di Jalan  Gombak, Setapak pada  8 pagi, 8 Feb lalu.

Hii didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

Terdahulu, Hii yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia masih mengajar  di sekolah itu.

Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan mengambil kira kecederaan di tubuh badan mangsa dan kesalahan dilakukan oleh tertuduh tidak sepatutnya berlaku kepada kanak-kanak perempuan.

Mengikut fakta kes pada 8 Feb lepas, pukul 4 petang, semasa pengadu yang merupakan ibu kanak-kanak itu  hendak memandikan anaknya beliau mendapati ada kesan berbirat dan lebam pada lengan kiri anaknya.

Pengadu kemudian bertanya mengenai kesan itu dan anaknya memberitahu seorang guru lelaki memukul lengannya semasa berada di dalam kelas  dan  punca guru itu memukul mangsa kerana murid itu salah menulis huruf “Y dan W”.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di