Siakap Keli

Sertai Program “Contributor” Siakap Keli & Kongsikan Penulisan Anda

Apa Itu Siakap Keli Contributor?

Siakap Keli Contributor adalah satu program baru Siakap Keli untuk memberi ruang kepada orang ramai supaya dapat menyampaikan penulisan sebarang bentuk maklumat, pengalaman, serta ilmu kepada umum dengan memberikan kredibility secara penuh kepada penulis termasuk memaparkan profil serta gambar penulis sebagai pengkarya artikel berkenaan. Paling penting perkara yang ingin dikongsikan kepada orang ramai itu sesuatu yang bermanfaat. Bagaimanapun tidak terkecuali terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti supaya program ini tidak disalahgunakan.

Objektif

Satu program yang kami lancarkan supaya mereka yang suka menulis dan penulisannya itu dapat disampaikan kepada umum secara lebih meluas dan memanfaatkan pembaca. Selain itu dengan penyampaian tersebut dapat membina minda generasi kita sekarang ini kepada yang lebih baik. Oleh itu kita membuka ruang kepada orang ramai khususnya mereka yang perihatin kepada generasi sekarang ini supaya menjadi lebih minat untuk membaca perkara-perkara yang berfaedah serta berilmiah.

Syarat-Syarat Penulisan

  1. Original (tidak menyalin dari mana-mana pihak).
  2. Bermanfaat.
  3. Tidak mengaibkan (individu atau organisasi atau perniagaan) orang lain.
  4. Perkara yang benar (tidak terhad kepada kepercayaan).
  5. Bukan provokasi.
  6. Bukan politik.
  7. Bukan iklan perniagaan tetapi dibenarkan pada bio profile anda seperti:

Kredibility Anda

Meletakkan penulisan anda di Siakap Keli adalah diatas kredibiliti dan dibawah tangungjawab anda sendiri. Dengan menyertai program ini anda juga bersetuju bahawa gambar serta nama sebenar anda termasuk pautan ke laman media sosial peribadi anda dipaparkan pada setiap penulisan anda seperti di bawah.

Kelulusan Penerbitan

Setiap penulisan anda akan kami teliti samada memenuhi syarat. Pihak kami juga berhak untuk menolak, menurunkan, mengubahsuai penulisan daripada anda tanpa sebarang notis melainkan jika kami perlu mengubah atau menambah fakta pada penulisan anda.

Berminat?

Menyertai program ini bermaksud anda bersetuju dengan segala syarat-syarat diatas. Anda boleh menekan butan di bawah untuk proses pendaftaran. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami menerusi borang ini.

Daftar Sekarang

 

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Satu komen

  • Assalam.

    Tuan, jika saya adlh penulis mempunyai high follower lets say ben ashaari, hanis zalikha… Tiada dpt income?

    Win win..

    You get high viewer,reader, advertisor etc.

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di