Siakap Keli

Dakwa Ikut Sunnah – Kes Lelaki Kahwin Budak Darjah 5

”Selamat pengantin baru suamiku.” Status tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam apabila seorang wanita memuatnaik satu posting di facebook mengucapkan tahniah kepada si suami. Apa yang memeranjatkan, ‘madunya’ itu didakwa berusia 11 tahun.

Kisah tersebut membuatkan ramai terkedu dan tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu. Netizen berpendapat gadis itu terlalu muda dan masih lagi dianggap budak untuk menjadi seorang isteri.

Kelihatan foto suaminya dan madunya yang bersalaman di samping seorang wanita pertengahan usia dipercayai ibu kepada madunya itu.

Difahamkan wanita tersebut merupakan isteri kedua yang mempunyai empat orang anak. Manakala isteri pertama mempunyai dua orang anak.

Lebih tragis, ‘madunya’ itu didakwa merupakan kawan baik kepada anak tirinya yang berusia 10 tahun.

Tampil memberi pendedahan sebenar mengenai kes tersebut, aktivis Syed Azmi dalam status terbarunya, mendedahkan identiti suami kepada wanita tersebut.

Menurutnya, gadis berusia 11 tahun itu bukanlah warganegara Malaysia. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu merupakan seorang imam yang dikenali. Kes masih lagi dalam siasatan pihak berwajib.

Ikuti pendedahan Syed Azmi seperti di bawah.

Lelaki tersebut dihormati ramai dan menjadi imam di satu surau kampung.

Berkahwin di Siam tanpa pengetahuan kedua-dua isteri.

Suami beri alasan ‘ikut sunnah’.

Budak 11 tahun itu bukan merupakan warganegara Malaysia.

Pohon majlis agama lihat isu ini dari segi hak kanak-kanak tersebut.

Kes seperti ini bukan baru.

Sumber : Syed Azmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.