Siakap Keli

Tuduh Sabah Beri Dokumen Warganegara Kepada PATI, UPKO Buat Laporan Polis

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihaknya akan membuat laporan polis berkenaan beberapa artikel di media sosial yang menuduh kerajaan memberikan dokumen kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Timbalan ketua menteri Sabah  berkata laporan polis itu akan dibuat dalam masa terdekat untuk menggesa pihak berkuasa  menyiasat pihak tidak bertanggungjawab yang membuat  tuduhan terhadap  kerajaan baharu negeri Sabah.

“Sekarang kita lihat banyak artikel diviralkan melalui media sosial mengenai perkara berkenaan (kononnya kerajaan memberi dokumen kewarganegaraan kepada PATI) dan kita mahu tahu siapa yang membuat artikel berkenaan,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan Sabah  mengumumkan akan melaksanakan ‘pemutihan’ bagi sektor perladangan dan mengeluarkan dokumen khas bagi pekerja asing yang bekerja dalam sektor itu.

Berikutan pengumuman itu, pelbagai kenyataan dan artikel daripada pihak tertentu telah diviralkan melalui media sosial sama ada Facebook dan WhatsApp  kononnya ia adalah langkah kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk memberi dokumen kewarnegaraan kepada PATI.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.