Siakap Keli

Doktor Saran Turun Berat Badan Kerana Gemuk, Rupanya ‘Mengandung’ Cyst Sebesar 23 Kilogram

Cyst seberat hampir 23 kilogram berjaya dikeluarkan dari ovari seorang wanita di United State yang menyebabkan wanita itu kelihatan seperti sedang mengandung kembar.

Kayla Rahn dari Alabama, Montgomery telah menceritakan pengalamannya kepada Daily Mail selepas mengalami masalah perut yang tidak dapat dikenal pasti puncanya oleh doktor menyebabkan dia mengalami masalah sakit perut melampau dan kenaikan berat badan.

Bahkan, sehinggakan doktor yang merawat Kayla turut menyarankan agar dia untuk menjalani diet dan menurunkan berat badannya.

Wanita berusia 30 tahun itu memberitahu masalah perut yang berterusan tahun lalu memberi kesan kepada aktiviti sehari-hari sehinggakan dia sering kepenatan walaupun hanya berjalan ke kereta.

Kayla mencuba untuk menurunkan berat badannya selama setahun, namun hasilnya sangat mengejutkan apabila beratnya tidak berkurang, bahkan semakin bertambah.

“Saya telah cuba menurunkan berat badan selama kira-kira satu tahun, tetapi saya mendapat pertambahan berat badan,” katanya.

“Saya kelihatan seolah-olah sedang hamil sehinggakan ketika kami keluar untuk makan malam, ada yang bertanya sama ada saya sedang hamil anak kembar,” Kayla menambah.

Ibunya bertanggungjawab membawanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Jackson, Montgomery selepas Kayla mengadu sakit perut yang melampau dan hasil ujian diagnostik menunjukkan terdapat sesuatu yang besar dan berat dalam ovarinya.

Dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jisim besar iaitu 50 pound bersamaan hampir 23 kilogram cyst dari salah satu ovarinya.

Berat cyst  tersebut bersamaan dengan mengandung enam bayi dimana, mengikut berat kelahiran purata di Amerika Syarikat adalah kira-kira 7.5 lbs atau 3.4 kilogram.

Dr Gregory Jones, doktor pakar obstetrik dan ginekologi, adalah antara pasukan perubatan yang terlibat menjalankan prosedur pembedahan itu.

Beliau berkata cyst yang ada dalam perut Kayla adalah yang terbesar yang pernah beliau  lihat dan telah berjaya dikeluarkan dan segalanya berjalan lancar.

Kayla berasa lega dengan pembedahan ini dan dia berharap kisahnya akan menggalakkan orang lain mengambil berat berkaitan badan mereka.

Sumber : Daily Mail

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey