Siakap Keli

Perlu Lapor Diri Di Pejabat SPRM Setiap Bulan, Bekas Pegawai Khas Najib Dibebaskan Hari Ini

Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah direman bagi membantu skandal 1MDB telah dibebaskan hari ini oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.

Ekoran itu, Mahkamah juga mengarahkan agar pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada SPRM dan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan sehingga siasatan selesai.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau pernah berkhidmat di Bank Negara sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009.  -Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di