Siakap Keli

Kenapa Serangan Strok Sering Terjadi Di Dalam Bilik Air?

Strok menyerang apabila berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah.  Keadaan ini sangat merbahaya kerana boleh mengakibatkan kecacatan kekal dan mematikan fungsi otak.

Jika anda mempunyai gejala-gejala seperti rasa semut-semut atau kebas, rasa lemah atau lumpuh bahagian kaki dan tangan secara tiba-tiba, sakit kepala kuat tanpa sebab, penglihatan kabur sebelah mata, sukar berjalan atau hilang imbangan serta sukar telan, anda diminta untuk segera mendapatkan pemeriksaan kerana mungkin anda mengalami strok/angin ahmar.

Pun begitu, dilihat serangan strok ini ramai yang terkena di bilik air ketika mandi dan tiba-tiba sahaja diserang.  Mengapa jadi sedemikian? Mari kita baca perkongsian dibawah ini semoga bermanfaat!

Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?

Kerana cara mandian yang salah!

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi, kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh ditempat lain?

 

Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu,

basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala ,

logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

Sumber: Rumah Sihat Urut & Bekam

Nur Farra