Siakap Keli

KJ Terima Kekalahan, Ucap Tahniah Kepada Zahid

Mesyuarat perwakilan UMNO menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  telah dipilih sebagai Presiden baharu UMNO semalam. Beliau sebelum ini telah memegang jawatan Naib Presiden UMNO , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Zahid juga pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) dan mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang politik selain bidang perniagaan perbankan.

Karier politik Beliau bermula 1984. Ketika itu, beliau bergiat aktif sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk sehinggalah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 1996 hingga 1999.

View this post on Instagram

KENYATAAN MEDIA . 1. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam Pemilihan UMNO di seluruh negara pada hari ini. . 2. Tidak ada yang kalah dalam proses ini. YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan di dalam meniupkan semula roh baharu UMNO. Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO. . 3. Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak MERAKYATKAN UMNO. . 4. Bagi yang menyokong saya, jutaan terima kasih diucapkan dan tahniah juga kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan ini. Inilah kebebasan yang kita akan julang selama-lamanya. . 5. Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya. Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti. . 6. Pemilihan terbuka ini memaparkan UMNO sudah melalui satu proses bersejarah untuk memilih semua jawatan di pelbagai peringkat termasuk di cawangan dan bahagian. . 7. Marilah kita merapatkan barisan dan bersama-sama berusaha menjadikan UMNO sebuah parti yang membela kepentingan rakyat. . 8. Rakyat amat mengharapkan UMNO terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air. . 9. Percayalah, ini simbol penyatuan kita dan ahli yang ada sekarang adalah orang UMNO. Kita akan terus bergerak seiring dan sejalan. . 10. Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi secepat mungkin untuk membincangkan pendekatan yang diambil dalam manifesto semua calon presiden. AHMAD ZAHID HAMIDI 30 Jun 2018 #UMNObangkit

A post shared by Zahid Hamidi (@ahmadzahidhamidi) on

Zahid yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam Pemilihan UMNO kali ini.

Beliau juga berkata bahawa tiada siapa tewas dalam pemilihan kali ini yang merujuk kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin. Zahid menegaskan bahawa sumbangan kedua percabarnya itu tetap diperlukan untuk mengembalikan semula semangat perjuangan parti tersebut. Ahmad Zahid dengan besar hati  mempelawa mereka untuk bersama-sama kepimpinan baharu untuk merealisasikan pembaharuan UMNO.

Pencabar Ucap Tahniah

Zahid berjaya menewaskan beberapa calon dalam pemilihan kali ini iaitu Khairy memperoleh 53 undi dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 28 undi. Terdapat Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin, gagal memperoleh sebarang undi.

Berikutan dengan itu, pencabar terdekat Zahid, Khairy Jamaludin telah mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid kerana memenangi pertandingan ini dan juga kepada Tengku Razaleigh yang menawarkan kebijaksanaan serta pengalaman beliau.

Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau tidak kecewa dengan kekalahannya dalam satu status yang dimuat naiknya di laman Facebook. Beliau sebaliknya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah apabila berpeluang bersaing dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut jawatan nombor satu dalam parti.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau tersebut juga berharap Zahid serta barisan kepemimpinan baharu UMNO dapat melaksanakan segala idea bernas yang dicadangkan dalam pemilihan berkenaan tanpa mengira siapa yang melontarkannya. Khairy juga mengharapkan mereka dapat membawa perubahan dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Disamping itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Tok Mat yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya membanggakan warga Rembau dan orang Negeri Sembilan. Khairy mengucapkan terima kasih kepada barisan jentera dan penyokong yang sudah menyokong beliau. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia secara keseluruhan yang mengikuti pemilihan UMNO ini.

Khairy mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong beliau dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Beliau akan memberi lebih fokus kepada tugasnya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, merangkap Ahli Parlimen kawasan tersebut.

 

fildza Zainal

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di