Siakap Keli

“Saya Cintakan Dia”, Isteri Ketiga, Kanak-Kanak 11 Tahun Beri Penjelasan

Kecoh di media sosial apabila baru-baru ini tersebar gambar lelaki mengahwini kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikongsi sendiri oleh isteri kedua lelaki berkenaan.  Difahamkan gambar yang dimuat naik di Facebook tersebut menunjukkan lelaki berusia 41 tahun bersalaman bersama pasangan barunya dengan kapsyen,

“Selamat pengantin baru suamiku.  Suamiku 41 tahun, maduku 11 tahun.”

Perkahwinan itu mendapat restu kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dinikahkan pada 18 Jun, di Sungai Golok, Thailand.

Bapa kepada gadis 11 tahun itu, Mat Rashid Rismadsa, 49 tahun, warganegara Thailand berkata beliau sangat mengenali lelaki Malaysia itu kerana selalu menjual getah sekerap kepadanya.

“Bagaimanapun, lelaki itu berjanji dengan saya untuk mendaftar pernikahan yang sah itu di Pejabat Agama Islam di Kelantan apabila (anak saya) Masaryu Mat Rashid mencapai umur 16 tahun. Sekarang, Masaryu tinggal bersama saya,” katanya.

Keluarga kanak-kanak tersebut semuanya berasal dari Thailand dan menetap di Gua Musang mengambil upah sebagai penoreh getah.  Katanya, menantunya itu merupakan pembeli getah sekerap, pada seminggu sebelum Aidilfitri lepas, dia datang memohon kebenaran untuk bernikah dengan anak perempuannya.

“Saya ada menceritakan kepada lelaki itu bahawa anak saya belum layak dijadikan isteri kerana masih mentah dan baru berumur 11 tahun, tetapi lelaki itu hendak juga dan berjanji nikah gantung dahulu yang menyebabkan saya bersetuju.

“Saya bersama isteri, Aminah Hitam. 41, mengiringi anak perempuan saya dan lelaki itu ke Sungai Golok, Thailand untuk menjadi wali pernikahan itu,” katanya.

Nikah gantung bermaksud pernikahan yang berlaku di antara pasangan tetapi tidak duduk serumah dalam tempoh masa tertentu yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Mat Rashid berkata selepas selesai majlis nikah pada 2 petang hari berkenaan, beliau terus pulang ke Gua Musang bersama-sama isteri, anak dan lelaki itu kerana menantunya berjanji menunggu lima tahun lagi untuk mendaftar semula pernikahan berkenaan di Malaysia.

“Lelaki itu sanggup mengambil anak perempuan saya sebagai isteri kerana hendak membantu hidup saya yang miskin dan bergantung kepada upah menoreh getah,” katanya.

Sementara itu, Masaryu berkata beliau mencintai lelaki pilihannya itu walaupun terpaksa bermadu dengan dua lagi isteri lelaki tersebut.

Beliau mengakui amat baik dengan kedua-dua isteri suaminya itu kerana sudah lama bersama mereka dan pernah pergi ke merata tempat bersama-sama.

“Saya terima apa jua keputusan kedua-dua ibu bapa dan suami supaya tunggu lima tahun baru boleh tinggal bersama kerana saya sedar usia saya baru 11 tahun,” katanya yang juga tidak kisah dengan cakap-cakap orang ramai termasuk kisahnya yang viral dalam media sosial asalkan dapat hidup bahagia bersama-sama suaminya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki  melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak semalam selepas perkara itu dikongsikan oleh isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku. – Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di