Siakap Keli

UMNO Pilih Zahid Sebagai Presiden Baru

Penggal 2018-2021 menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih menjadi Presiden Umno baru selepas perletakkan jawatan Datuk Seri Najib Razak ekoran kekalahan mengejut BN kepada Pakatan Harap pada PRU 14, 9 Mei lepas.

Zahid memenangi jawatan tersebut dengan 78 undi menewaskan bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, 53 undi dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 28 undi.

Jawatan Timbalan Presiden  pula dimenangi Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas mendapat 110 undi menewaskan Ketua Penerangan UMNO merangkap Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (47 undi) setakat ini.

Tengku Adnan berkata bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, dua daripadanya diisi Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masing-masing mendapat 146 undi dan 99 undi.

“Satu lagi kekosongan jawatan itu tidak dapat diumumkan malam ini kerana ada bahagian yang belum selesai mengira jumlah pengundian,” katanya.

Setakat ini, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sedang bersaing sengit untuk mengisi jawatan Naib Presiden itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata keputusan daripada Bahagian Bakri terpaksa ditangguhkan kerana terdapat beberapa masalah yang dilaporkan pegawai pemantau pemilihan.

“Oleh itu, hanya pemilihan daripada 190 Bahagian yang dikira malam ini,” katanya. – Bernama

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.