Siakap Keli
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika sidang media berkenaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) di Pusat Pelancongan Malaysia Matic hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Virus Masih Dibiar Berleluasa, Mas Ermieyati Keluar Umno

Pengumuman keluar UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin anggota Parlimen Masjid Tanah, Melaka dan akan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuatkuasa hari ini. Ermieyati mengumumkan keluar daripada parti UMNO bersama-sama pengikut setia beliau  dengan seikhlas hati tanpa apa-apa paksaan.

Jelas Bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO itu, beliau akan menjadi seorang anggota parlimen bebas dan akan memainkan peranan menegur dan menasihati kerajaan sebagai semak dan imbang atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tanpa terikat dengan etika anggota parlimen yang mewakili sesebuah parti.

Ditanya mengenai pemilihan UMNO semalam, Mas Ermieyati mengatakan beliau tidak bertanding walaupun beliau telah menang kerusi Anggota Parlimen Masjid Tanah. Beliau juga menyatakan bahawa harapannya yang tidak kesampaian untuk melihat anggota UMNO memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu yang berwibawa dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.

Sebelum ini Ermieyati ada memuat naik status mengharapkan agar perwakilan membuat pilihan yang terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor untuk terus berjalan ke hadapan. Mereka juga perlu mengambil kira kelangsungan parti dan juga perjuangan dalam dimensi baru di peringkat Nasional iaitu sebagai pembangkang. Tambah beliau lagi, pemilihan ini amat penting sebagai ceriminan UMNO dapat bangkit semula atau tidak jadi wajar untuk diberikan ‘ruang’ agar perubahan total dapat berlaku demi memulihkan UMNO.

Ermieyati percaya bahawa  kepimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat telah menolak UMNO sebaliknya mereka beranggapan UMNO hanyalah mangsa kebencian rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

Beliau turut mengatakan bahawa Umno kebelakangan ini telah tergelincir dari landasan asal hingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Beliau menambah bahawa pemulihan tidak akan dapat berlaku sekiranya virus masih dibiarkan berleluasa dan ubat terlalu pahit untuk ditelan. – Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.