Siakap Keli

13 Lagi Menteri Angkat Sumpah Lengkapkan Portfolio Kerajaan Malaysia Baru

Hari ini telah berlangsung satu lagi sejarah Malaysia Baru apabila 13 Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara sebagai Menteri dalam kabinet Kerajaan Persekutuan. Antara nama-nama yang tersenarai adalah YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan, Teresa Kok sebagai Menteri Industri Utama dan Baru Bian sebagai Menteri kerja Raya.

Berikut adalah senarai penuh menteri-menteri yang telah mengangkat sumpah hari ini. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri yang baru dilantik pada majlis angkat sumpah jawatan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di Istana Negara, pagi Isnin.

Berikut merupakan senarai Menteri baharu:

1. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

2. Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof

3. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar

4. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution

5. Menteri Kerja Raya, Baru Bian

6. Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah

7. Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim

8. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

10. Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad

11. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Liew Vui Keong

12. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking

13. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi

Senarai Timbalan Menteri:

1. Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafik

3. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah

4. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith

5. Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin

6. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin

7. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa

8. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh

9. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye

10. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik

11. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen

12. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

13. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan

14. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

15. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong

16. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kia Ming

17. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar

18. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir

19. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli

20. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin

21. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar

22. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman

23. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di