Siakap Keli

ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei Meninggal Dunia

Mat Shuhaimi Shafiei, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, 50, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya pukul 11.10 pagi ini akibat kanser limfoma.

“Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini dijangka selepas solat Asar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shuhaimi yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, PAS dan PRM.

Shuhaimi, 50, bagaimanapun tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini, pada 26 Jun lepas, atas faktor kesihatan. – Bernama

Nur Farra