Siakap Keli

Kereta James Bond Yang Hilang Selama 20 Tahun Ditemui

Misteri kehilangan kereta sport yang pernah dipandu oleh aktor Sean Connery dalam filem James Bond lebih 20 tahun lalu kini diterjawab apabila kereta tersebut berjaya ditemui.

Kereta sport yang digunakan dalam siri filem James Bond, Goldfinger yang dilaporkan dicuri telah ditemui di Asia Barat minggu lalu setelah sekian lama diburu oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Eksekutif Art Recovery International, Christopher Marinello berkata, kenderaan antik yang dilengkapi dengan mesingan dan pisau penebuk tayar untuk ejen 007 itu kini berkemungkinan bernilai 10 juta pound (RM53 juta).

 

Bagaimanapun, penyiasat dari Art Recovery International enggan mendedahkan lokasi dimana kereta tersebut di temukan.

Terdahulu, pemilik membeli kereta itu pada 1986 pada harga 250,000 pound bersamaan nilai semasa 188,000 pound (RM997,136) dan menyimpannya di hangar lapangan terbang miliknya di Boca Raton, Florida.

Misteri kehilangan kereta sports Aston Martin itu tercetus apabila dicuri pada 1997 iaitu 33 tahun selepas filem Goldfingerditayangkan.

Sumber- The Telegraph

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di