Siakap Keli

Lelaki Hadapi 3 Petuduhan Cabul Wanita Kenal Melalui Instagram

Seorang lelaki dikatakan telah mencabul seorang pelajar kolej yang dikenalinya melalui aplikasi Instagram pada Hari Raya kedua yang lalu.

Walaubagaimana pun lelaki terbabit mengaku tidak bersalah diatas semua pertuduhan yang di lemparkan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Dia didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 25 tahun  di tiga lokasi berlainan iaitu di panggung wayang Damansara, tempat parkir sebuah kafe dan di dalam kereta lelaki itu di Jalan SS22/25, diantara jam 10 malam hingga 3 pagi, 16 dan 17 Jun lalu.

Jaminan sebanyak RM3,000 di tawarkan namun, lelaki terbabit membuat rayuan untuk mengurangkan kadar atas alasan tidak mampu membayarnya. – Bernama

Nur Farra