Siakap Keli

SPRM : Zahid Masih Dalam Proses Beri Keterangan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengesahkan telah menghubungi Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM harini. Datuk Seri Azam Baki yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM menjelaskan bahawa Zahid dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes berasingan

Pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid btelah dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

Pagi tadi, Ahmad Zahid yang tiba di perkarangan bangunan SPRM diserbu pengamal media tempatan dan antarabangsa yang menunggu seawal 8 pagi bagi membuat liputan kes melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu. Dimaklumkan bahawa Ahmad Zahid kira-kira 9.50 pagi masih belum keluar dari perkarangan bangunan tersebut sehingga 12.40 tengah hari.

Proses mengambil keterangan Ahmad Zahid berhubung siasatan dua kes tersebut masih berlangsung selepas lebih dua jam beliau tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Seorang pegawai SPRM yang ditemui Bernama di sini, mengesahkan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu masih berada dalam bangunan berkenaan dan belum selesai memberi keterangan berhubung kes itu.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata Ahmad Zahid dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes tetapi beliau tidak mengulas lanjut dua kes berkenaan.

Semalam, Ahmad Zahid berkata keterangan yang akan diberikan adalah berkenaan kes penyelewengan dana yayasan miliknya.

Ahmad Zahid antara individu penting disiasat SPRM selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.