Siakap Keli

Terkini: Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Yang Baharu

Putrajaya, 2 Julai – Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi. Pelantikan ini seterusnya menjadikan Syed Saddiq sebagai Menteri paling muda di Malaysia yang pernah dilantik.

Syed Saddiq, 26, merupakan juga Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Anak kelahiran Johor itu membuat kejutan pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini apabila berjaya menambat hati orang Muar seterusnya menewaskan penyandang selama tiga penggal kerusi berkenaan, Datuk Seri Razali Ibrahim dari BN.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....