Siakap Keli

Wanita Buru Iguana, Sumbat Dalam Burrito Cicah Dengan Sos Krim

Seorang wanita daripada Minneapolis, Florida sangat dikenali dengan aktiviti memburu iguana sebagai bahan masakan.

“Saya suka menganjurkan orang ramai untuk makan apa yang mereka buru.  Saya mahu masak dan memakannya dengan harapan saya dapat mendidik mereka yang membunuh haiwan eksotik ini untuk turut makan apa yang mereka buru.”

Ramai yang berpendapat bahawa rasa iguana itu sama seperti ayam.  Namun, iguana mempunyai tekstur daging yang agak liat dan mempunyai kandungan protein lebih tinggi daripada ayam.

Brittany Peters memasak iguana yang ditangkap dengan tumisan bawang sebelum disumbat ke dalam burito bersama hirisan avocado, krim dan sos salsa.

“Saya cuba untuk tak memasukkan terlalu banyak rempah, kerana saya tak mahu rasa iguana itu hilang.”

Di Facebook miliknya, Peters berkongsi pengalaman dan hasratnya untuk orang ramai mengambil bahagian dalam memburu haiwan eksotik.

“Saya harap dan mengajak semua rakan-rakan Floridian saya untuk mencuba makanan sihat seperti iguana ini.  Saya janji, ianya sangat sedap!”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra