Siakap Keli

Rembat Peluang Sertai Kempen #ArenaBolaPetronas, PETRONAS Belanja RM3,000 Beli Barangan Sukan Adidas

Ketika rakyat Malaysia sedang ghairah menyambut kehadiran Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, sudah pasti ramai diantara kita yang pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama keluarga tersayang. Sebelum memulakan perjalanan pastikan anda memeriksa kenderaan supaya berada dalam keadaan baik dan bagi pemandu pastikan anda sentiasa cergas dan segar ketika memandu untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini.

Tambahan pula, ketika ini seluruh dunia sedang dilanda demam bola sepak dimana jadual perlawanannya kerap diadakan di awal pagi. Sudah pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan kejohanan 4 tahun sekali ini.

Sehubungan dengan itu, demam bola sepak itu juga tidak ketinggalan melanda stesen-stesen minyak PETRONAS apabila PETRONAS tampil dengan kempen #ArenaBolaPetronas. Kempen ini dilancarkan sudah pasti untuk membuka peluang kepada pelanggan setia PETRONAS  untuk sama-sama merasai kehangatan bola sepak yang melanda seluruh dunia.

Sudah pasti kempen kali ini PETRONAS menyediakan hadiah yang lebih menarik dan lumayan untuk diraih pelanggan setia mereka. Dengan hanya mengisi minyak PETRONAS Primax  minimum RM40 atau dapatkan 2 Kombo Bola dengan harga bermula dari RM3.50 di Kedai Mesra dan leretkan kad Kad Mesra anda berpeluang memenangi Hadiah Utama baucer membeli-belah Adidas berjumlah RM3,000 dan hadiah Saguhati PETRONAS Gift Card berjumlah RM100 setiap minggu! Dengan GiftCard ini, anda boleh tebus untuk pembelian minyak atau barangan Kedai Mesra.

Jangan lupa untuk leretkan kad Mesra untuk setiap pembelian dan hantarkan resit melalui kiriman Whatsapp dengan menghantar HI PETRONAS dan sertakan gambar resit pembelian ke 016 341 8807. Ahli Kad Mesra dapat 3 kali penyertaan, jadi lebih banyak peluang untuk menang! 

PETRONAS juga menyediakan platform permainan digital yang menyediakan hadiah menarik untuk dimenangi. Hanya klik pautan ini ARENA BOLA PETRONAS dan jika anda berjaya memenangi permainan ini anda akan menerima pesanan ringkas untuk menebus hadiahnya di Kedai Mesra berdekatan. Anda hanya dibenarkan main sehari sekali sahaja dan turut berpeluang memenangi baucer Adidas di penghujung permainan. 

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini atau terus ke laman rasmi Facebook PETRONAS Brands atau layari laman web rasmi PETRONAS

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)