Siakap Keli

Akibat Curang, Isteri Kerat Kemaluan Suami Buang luar Tingkap

Gara-gara menjalin hubungan bersama wanita lain, seorang lelaki terpaksa menangung kesakitan apabila kemaluannya dikerat oleh si isteri sebelum dibuang dari luar tingkap dalam satu kejadian yang berlaku di Thailand.

Karuna Sanusan, 24, berasal dari Kemboja memberitahu polis dia mengejutkan suaminya, Siripan, 40, daripada tidur lalu mengerat kemaluan lelaki berkenaan menggunakan pisau.

Gambar : Pisau yang digunakan

Sanusan lalu mencampak keluar kemaluan suaminya daripada tingkap bilik tidur kediaman mereka di Sriracha, Bangkok.

Pihak polis kemudiannya tiba bersama pasukan paramedik pada pukul 6.20 pagi setelah menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang terdengar jeritan mangsa.

Mereka kemudiannya mengambil kemaluan itu dan meletakkannya dalam kotak ais dalam cubaan menyambungkannya semula.

Siripan segera dibawa ke Hospital Samitivej Sriracha namun menurut sumber paramedik, mangsa kehilangan banyak darah dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal.

Gambar : Siripan semasa dibawa ke hospital

Manakala itu, Sanusan yang berasal dari Cambodia dilihat kelihatan tenang semasa ditembual oleh pihak polis.

Dia memberitahu pihak polis dia mengambil tindakan itu kerana selalu melihat suaminya ‘menggatal’ dengan ramai perempuan dan berlaku curang dengan hubungan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Sriracha Kolonel Somkid Boonlert berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, si isteri mengaku mengerat kemaluan suaminya untuk membalas dendam atas kecurangan lelaki berkenaan.

”Lelaki itu telah kehilangan banyak darah dan berada dalam pemerhatian doktor. Menurut doktor, Siripan tidak boleh lagi menggunakan kemaluannya seperti sebelum ini kerana sel pada kawasan itu telah mati.

“Polis telah menahan Sanusan untuk tindakan lanjut dan tidak dibenarkan menemui suaminya,” ujar Boonlert.

Sumber : Dailymail

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di