Siakap Keli

Keluarga Ditemui Mati Tergantung Kerana Jalani Upacara Keagamaan

Satu keluarga seramai sebelas orang ditemui mati di India, Ahad lalu dipercayai akibat melakukan satu upacara keagamaan, menurut laporan pihak berkuasa tempatan.

Polis New Delhi memberitahu bahawa mereka menemui kesemua mayat satu keluarga itu di kampung Burari, dengan 10 daripadanya dalam keadaan tergantung pada bumbung rumah selain dalam keadaan mata ditutup dengan penutup mata.

Pihak berkuasa turut mendedahkan beberapa nota bertulisan tangan antaranya yang tertera satu frasa berkait dengan upacara keagamaan : ”Tubuh manusia hanyalah bersifat sementara dan manusia hanya mampu mengatasi ketakutan dengan menutup mulut dan mata”.

Melalui nota yang sama juga, mangsa dikatakan perlu menjalani ritual tertentu bagi mencapat taraf ‘penyelamatan’ selepas seseorang itu meninggal dunia.

Adik beradik; Bhavnesh Bhatia, 50, dan Lalit Bhatia, 45, menantu perempuan; Savita Bhatia, 48 dan Teena Bhatia, 42, anak perempuanya; Pratibha, 57, cucu; Priyanka, 33, Nitu, 25, Monu, 23, Dhruv, 15 dan Shivam, 15 kesemua ditemui mati di rumah tersebut.

Manakala Narayana Devi, 71, nenek kepada keluarga tersebut ditemui mati dalam bilik berasingan.

Sebahagian daripada mangsa- empat lelaki,tiga wanita dan empat kanak-kanak perempuan- turut ditemui dengan mulut ditutup selain tangan dan kaki diikat dengan kuat dan digantung pada bumbung.

‘Jika kesemua ahli keluarga ini mengikuti ritual ini, semua masalah mereka akan selesai dan mereka mendapat taraf ‘penyelamatan’.

”Sebahagian daripada nota yang ditemui mempunyai tarikh. Semua nota itu memperincikan perkara yang sama iaitu ingin menuju ke pengakhiran dan mencapai keamanan,” kata sumber polis.

”Kami turut menemui sekeping kertas yang menjelaskan bagaimana tangan dan kaki mahu diikat, dan ia sama dengan keadaan 10 mayat itu ditemui,” kata seorang lagi sumber polis.

Pihak polis yang menyiasat kejadian itu menolak kemungkinan terdapatnya unsur jenayah dalam kejadian ngeri tersebut dan kini siasatan menjurus kepada kemungkinan wujudnya kaitan dengan ritual agama.

Siatan awal ke atas mayat mangsa juga menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku kes jenayah dan rumah mangsa juga dalam keadaan baik dengan tiada tanda-tanda pencerobohan berlaku ditemui.

Menurut akhabar tempatan, tragedi ngeri itu disedari salah seorang jiran keluarga itu pada pukul 8 pagi ketika melalui rumah keluarga tersebut. Saksi yang terkejut melihat mayat-mayat dalam keadaan tergantung segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.

”Ia adalah satu tragedi yang sangat tragik. Polis sedang menyiasat kejadian ini. Tunggu siasatan selesai dahulu,” kata Ketua Menteri New Dellhi, Arvind Kejriwal yang melawat lokasi kejadian.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di