Siakap Keli

Kerana Tak Restu Cinta, Bapa Tergamak Pukul Anak Hingga Mati

Hanya disebabkan bersembang di telefon dengan kekasih, seorang pelajar wanita menemui ajal sehari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya ke 20.

Kejadian tragis itu berlaku di kampung Thotaravulapadu, Andhra Pradesh ketika T Chandrika yang melanjutkan pengajian dalam bidang farmasi di sebuah kolej swasta pulang ke rumah keluarganya untuk menyambut hari lahir.

Difahamkan, selepas selesai sambutan ulang tahunnya pada Jumaat, Chandrika memaklumkan kepada keluarga hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki itu.

Bagaimanapun, keluarganya menghalang hubungan itu dan Chandrika telah diberi amaran untuk tidak meneruskan hubungan itu.

Semasa Chandrika sedang bercakap dengan teman lelakinya melalui telefon pada sabtu petang, bapa gadis itu Tondepu Kotaiah mendengar perbualan tersebut dan menyangka dia sedang merancang untuk kahwin lari.

Kotaiah yang berang kemudiannya mengambil ulu kapak dan memukul anak gadisnya itu di bahagian kepala sehingga mati. Ibunya yang melihat kejadian itu berusaha untuk menyelamatkan Chandrika tetapi gagal.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian telah menahan Kotaiah atas tuduhan membunuh. Mayat Chandrika telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sumber : The Times Of India

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.