Siakap Keli

Kos Makanan Tahanan Pati Di Depot, Kerajaan Belanja 25 Juta Sebulan

Kerajaan membelanjakan lebih RM25 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang haram yang ditahan di 13 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafar Ali berkata itu antara punca utama pihaknya bertegas tidak menyambung Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Rehiring yang berakhir 30 Jun lepas.

“Jumlah itu tidak termasuk kos berkaitan utiliti, pengurusan pegawai serta penyelenggaraan depot yang tentunya memberi beban kewangan lebih besar jika pendatang haram ini tidak terus diusir selepas ditahan.

“Kita mengambil ketetapan pengusiran segera akan dibuat, malah bahagian penasihat undang-undang jabatan juga diminta mempercepat proses berkaitan agar langkah proaktif itu dilaksanakan secepat mungkin,” katanya hari ini.

Mustafar berkata hingga kini, terdapat 6,678 pendatang haram yang ditahan di semua depot dengan jumlah maksimun tahanan adalah 1,500 di Bukit Jalil dan minimum 350 di Bekenu, Sarawak.

Bahagian undang-undang akan bekerja keras bagi memastikan mereka yang ditahan diusir segera tanpa melewati tempoh siasatan antara dua hingga 14 hari, katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.