Siakap Keli

Laporan Berita Dakwa Najib Razak Ditahan SPRM

Terdapat beberapa sumber berita melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Agensi berita Bernama juga telah mengesahkan perkaraini menerusi laman Twitternya sebentar tadi. Najib sebelum ini yang disoal siasat oleh SPRM beberapa kali atas dakwaan kes yang melibatkan sebuah syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara ini juga telah disahkan olehKetua Pesuruhjaya SPRM. “Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi,” katanya.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)