Siakap Keli

Selepas Kisah Kucing Mati, TV Pecah, Ikan Hiasan Pula Mati Dikerjakan Anak Tetamu Datang Beraya

Isu hangat raya ini adalah mengenai kanak-kanak merosakkan harta di tempat awam seperti gedung membeli perabut terkenal (IKEA) mahupun di rumah orang yang mereka datang beraya. Tular juga sebelum ini mengenai anak kucing mati yang direndam dan TV plasma yang baru dibeli remuk. Kejadian tersebut banyak dikongsikan di laman sosial Facebook mahupun instagram.

                              

Terbaru, melalui facebook Aman Mokhtarbeliau berkongsi lagi mengenai isu tersebut, namun kali ini melibatkan rakannya di instagram yang mendakwa bahawa ikan dalam kolam beliau mati.

Menurut Aman, hal tersebut berlaku ketika salah seorang rakannya menerima kunjungan rakannya yang datang beraya membawa anak-anak. Anak mereka telah menabur sebalang penuh makanan ikan ke dalam kolam. Namun, lebihan makanan tersebut telah memberi ‘effect’ kepada keaadan air kolam tersebut.  Akibat perbuatan tersebut, 20 ekor ikan dalam kolam itu mati keesokkan harinya.

Tambah Aman lagi, beliau merasakan perkara tersebut tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa memantau aktiviti anak-anak dengan baik. Ibu bapa sepatutnya lebih tegas dalam mengawal perlakuan anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlu cakna dengan kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka, jangan biarkan anak-anak melakukan kesalahan yang sama. Perkataan ‘Tidak apa’ tidak boleh digunakan dengan alasan anak mereka masih kecil, sebaliknya ibu bapa perlu membetulkan kesalahan tersebut supaya anak-anak mengerti perkara itu salah.

Aman menjelaskan lagi bahawa ikan dalam kolam tersebut bukanlah dari jenis yang murah. Ikan-ikan itu sudah mempunyai telur namun apakan daya, perkara sudah terjadi. Hal ini merugikan tuan rumah.

Aman seterusnya menambah, sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal kelakukan anak-anak, lebih baik mereka meninggalkan anak tersebut di rumah. Perkara ini adalah untuk kebaikan bersama supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Beliau berkata lagi bahawa ibu bapa perlu mengajar adab kunjung-mengunjung kepada anak mereka. Hal ini dapat meningkatkan rasa hormat anak-anak kepada tuan rumah seterusnya mengelakkan perkara tersebut (ikan mati) terjadi.

Rumah orang hak orang, sebagai tetamu, kita perlu menghormati tuan rumah. Rumah mereka bukannya ‘playground’.

Kredit : Aman Mokhtar

fildza Zainal

Satu komen

  • INI DINAMAKAN KURANG AJAR. MAK
    BAPAK TAK AJAR ANAK2 MEREKA UNTUK MENGHORMATI HARTA BENDA ORANG LAIN. BAHA

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di