Siakap Keli

Adam Rayqal alami pendarahan otak, retak tempurung kepala

(Bernama) SHAH ALAM: Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.

Beliau berkata pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kematian bayi itu untuk mengenal pasti sama ada didera ataupun sebaliknya.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan bermula 9.40 pagi dan selesai 1 tengah hari mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah disebabkan ‘kecederaan di kepala akibat trauma objek tumpul’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja sulung Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata hasil pemeriksaan menunjukkan bayi itu mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak kanan dan kesan retak di bahagian tempurung kepala sebelah kiri.

Bayi lelaki berusia lima bulan itu dilaporkan hilang pada Selasa sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya di Batu Caves, lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta dimasukkan di dalam beg berwarna hijau.

Susulan kejadian itu, polis sudah menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

2 komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di